Waktu Sekarang

Panitia Sains

Panitia Agama Islam

Penafian

 

:: PERHATIAN ::

 

Hak Cipta Terpelihara @ 2010

Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.

- admin

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BEHRANG

LAPORAN PANITIA MATEMATIK

TAHUN 2009


Penasihat : Encik Abdul Zubiar bin Zainol


Pengerusi :  Puan Hajjah Dalilah bt. Mohd Salleh


Ketua Panitia : Puan Sa’adiah bt. Amiruddin


Setiausaha : Puan Rozita binti Paiman


Ahli jawatankuasa :                 Puan Normah bt. Abdul Rashid

Puan Hamimah bt. Abdul Rahman

Puan Azinah bt. Anuar


1.0 Mesyuarat Panitia

1.1 Mesyuarat Panitia telah dijalankan sebanyak 3 kali.

1.1 Mesyuarat Panitia Matematik kali pertama telah diadakan pada 13 Januari 2009 untuk menentukan program program tahunan yang akan dijalankan sepanjang tahun 2009.

1.2 Mesyuarat bagi kali kedua pula diadakan pada 14 April 2009 membincangkan tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Minggu Matematik. Di samping itu, pengerusi juga menekankan proses pengajaran dan pembelajaran Guru Matematik di dalam bilik darjah.

1.3 Mesyuarat kali ketiga diadakan pada 18 September 2009 membincangkan pencapaiaan pelajar dalam PKSR 1. Pengerusi meminta guru-guru Matematik memberikan penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran.


2.0 Sudut Matematik

2.1 Setiap kelas telah memperuntukkan satu sudut di papan kenyataan sebagai sudut matematik.

2.2 Sudut Matematik telah dilengkapi dengan nota-nota berkaitan pelajaran matematik.


3.0 Bijak Sifir

3.1 Aktiviti ini dijalankan 5 minit diawal setiap waktu pengajaran matematik.

3.2 Ia merupakan aktiviti pengukuhan kepada murid-murid di dalam penguasaan sifir.


4.0 Kelas Bimbingan / Kelas Tambahan

4.1 Kelas bimbingan tahun 6 untuk mata pelajaran matematik telah pun berjalan bermula dari bulan Februari hingga Ogos.

4.2 Kelas tambahan juga dijalankan ketika waktu cuti sekolah.


5.0 Teknik Penandaan Kertas 2

5.1 Taklimat ini telah diberikan kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran matematik.


6.0 Latih tubi Matematik

6.1 Aktiviti ini dijalankan 5 selepas aktiviti bijak sifir.

6.2 5 soalan yang berkaitan dengan pengajaran matematik diberikan kepada pelajar untuk diselesaikan.


7.0 Teknik Menjawab Soalan Matematik

7.1 Taklimat ini telah diberikan kepada murid-murid tahun 6 untuk persediaan menjawab soalan matematik UPSR.

7.2 Ia dianjurkan bersama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling.


8.0 Minggu Matematik (13 - 24 Julai 2009)

8.1 Minggu Matematik telah dijalankan selama 2 minggu.

8.2 Acara pembukaan Minggu Matematik telah dilaksankan oleh Encik Abdul Zubiar bin Zainol.

8.3 Pelbagai pertandingan dijalankan seperti

i. Kuiz soalan terkumpul

ii. Lukisan geometri

iii. Latih tubi bagi soalan tambah, tolak, darab dan bahagi.

iv. Teka berat

v. Penerangan tentang penggunaan Teknik IELAN dan Teknik ZIEFIR.

8.4 Penyampaian hadiah bagi setiap pemenang telah diadakan semasa majlis penutupan Minggu Matematik.


:: Gambar di bawah : Aktiviti yang dijalankan semasa Minggu Matematik ::


 

Panitia Bahasa Melayu

Panitia Bahasa Inggeris

Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini4
mod_vvisit_counterSemalam0
mod_vvisit_counterMinggu Ini4
mod_vvisit_counterMinggu Lepas21
mod_vvisit_counterBulan Ini23
mod_vvisit_counterBulan Lepas78
mod_vvisit_counterSemua2356

Online (20 minutes ago): 4
IP Anda: 38.107.191.93
,
Sekarang: Sep 06, 2010
Panitia SK Sungai Behrang Online, Powered by Joomla!; Joomla templates by SG web hosting