Waktu Sekarang

Panitia Sains

Panitia Agama Islam

Login Form



Penafian

 

:: PERHATIAN ::

 

Hak Cipta Terpelihara @ 2010

Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.

- admin

Panitia SK Sg Behrang Online

:: LAMAN WEB PANITIA SK SUNGAI BEHRANG ::

 

SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua pengunjung Panitia SKSGB Online.
Paparan terkini berkaitan aktiviti panitia di sekolah akan diupload mengikut kesesuaian masa.

Terima kasih.




:: UPSR 2009 ::

Gambar di atas : Pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2009

 



 

:: KEM BESTARI SOLAT ::

Kem Bestari Solat telah dijalankan pada 13 November 2009. Pelajar tahun 1, 2, 3, 4 dan 5 terlibat dalam aktiviti ini.

Manakala semua guru menjadi fasilitator. Aktiviti telah berjalan dengan lancar.

 

Panitia Agama Islam

 
PPSMI dimansuhkan 2012 PDF Print E-mail
Written by admin   
Sunday, 15 November 2009 00:00

Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran. Tan Sri Muhyiddin Yassin itu berkata di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran itu.

Sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing, tambahnya. Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014.

Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya berarak ke Istana Negara.Dalam sidang media khas di Putrajaya, Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi kementeriannya untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran bahasa Inggeris.

"Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai PPSMI sejak dasar ini mula dilaksanakan pada 2003," katanya.

Muhyiddin menyebut beberapa kelemahan besar dalam PPSMI yang mendesak kerajaan mengembalikan dasar bahasa pengantar untuk pengajaran dua subjek teknikal itu.

Last Updated on Sunday, 15 November 2009 01:47
 
Pemantapan Bahasa Inggeris PDF Print E-mail
Written by admin   
Sunday, 15 November 2009 00:00

Dasar kerajaan mewajibkan pelajar lulus subjek Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memberi impak terdapat proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di bilik darjah.

Penguasaan sesuatu bahasa tidak semestinya berlaku dalam keadaan yang formal yang berlandaskan kepada sukatan atau modul yang digubal. Sebagai contoh penggunaan bahasa ibunda dalam kalangan anak-anak berlaku sejak kecil lagi iaitu di rumah. Tidak ada kurikulum tertentu disediakan, tidak ada pendekatan sistematik yang digunakan tetapi melalui interaksi sama ada secara verbal atau bukan-verbal.

Dalam hal ini kemahiran menguasai bahasa Inggeris seharusnya tidak terbatas di dalam kelas sahaja tetapi perlu diperluas ke luar kelas. Aktiviti-aktivitinya juga tidak semestinya berbentuk pembelajaran secara khusus tetapi lebih kepada pengintegrasian kemahiran generik dalam bentuk simulasi, permainan, tontonan dan persembahan.

Pernah satu ketika para remaja yang berminat dengan lagu-lagu Hindi atau lagu-lagu Latin mampu mendendangkannya dengan begitu baik sekali. Malah mereka mampu menghafal lirik lagu tersebut walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami maksudnya.

Perkara yang ingin saya perkatakan di sini ialah jika sesuatu aktiviti itu menarik atau menyeronokkan, maka seseorang itu akan mencubanya tanpa berputus asa. Sebaliknya jika aktiviti itu tidak menarik atau tidak menyeronokkan, maka aktiviti tersebut gagal untuk mendapat tempat di jiwa pelajar.

Oleh itu guru harus kreatif dalam merancang pelbagai aktiviti yang boleh diaplikasikan oleh pelajar tanpa menjadikannya sebagai suatu bebanan. Para pelajar juga harus berfikiran positif dan tidak membuat anggapan bahawa mempelajari bahasa itu merupakan satu proses yang rumit serta membosankan.

Perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi melalui pelbagai elemen yang terdapat dalam persembahan multimedia mampu memudahkan proses pembelajaran dan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Sesuatu yang susah itu jika dirancang melalui kaedah yang menyeronokkan mampu mempengaruhi jiwa seseorang malah ia akan menjadi daya penggerak ke arah kejayaan.

Oleh DR. ISMAIL ZAIN

 

Last Updated on Sunday, 15 November 2009 01:45
 

Who's Online

We have 1 guest online

Undian

Saya berpendapat portal ini
 

Panitia Bahasa Melayu

Panitia Bahasa Inggeris

Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini1
mod_vvisit_counterSemalam1
mod_vvisit_counterMinggu Ini19
mod_vvisit_counterMinggu Lepas35
mod_vvisit_counterBulan Ini1
mod_vvisit_counterBulan Lepas152
mod_vvisit_counterSemua2256

Online (20 minutes ago): 1
IP Anda: 38.107.191.90
,
Sekarang: Aug 01, 2010
Panitia SK Sungai Behrang Online, Powered by Joomla!; Joomla templates by SG web hosting